Pakartani

06 Dec, 2009

Kisah Durian Liar

Posted by: admin In: ArtikelTani

Gambar: ehsan ibnuibnu.blogspot.com

Gambar: ehsan ibnuibnu.blogspot.com

Mungkin jarang sekali kita dihidangkan dengan cerita durian hutan atau durian liar. Kalau mendengar sekalipun, jarang pula yang dapat melihat apatah lagi menikmati keenakkan isi dan baunya yang“tajam”. Saya merasakan diri ini bertuah kerana membesar bersama-sama kehebatan durian ini. Saya sebenarnya lebih suka durian liar daripada durian biasa. Isinya liat dan ada pelbagai warna seperti kuning, oren dan merah. Kata orang durian ini dapat meningkatkan kejantanan seorang lelaki:)

Pada pemerhatian saya isinya tidaklah nipis sangat, baunya memang kow. Durinya halus, panjang dan lembut. Mengikut pengalaman saya, saya hanya kenal 2 jenis durian liar. Kami orang pahang gelarkan durian ini Durian Daun dan Durian Sangka. Bunyinya macam pelik…tapi yang penting ia sedap. Durian daun ni buahnya kecil, puratanya hanya sebesar bola takraw sahaja. Manakala Durian Sangka sainya kecil sedikit dari bola tampar. Kedua-dunya mempunya isi yang berwarna kuning, berkulit hijau dan tangkai yang sangat pendek. Tapi malangnya saya tidak dapat menunjukkan gambarnya sebab sekarang bukan musim durian.

Sejujurnya, Durian Merah saya memang tidak pernah melihatnya apatah lagi merasanya. Saya tidak mahu bercerita tentang apa yang saya tidak pernah rasa dan lalui. Saya difahamkan durian ini bukan berasal dari Semananjung Malaysia.

Saya memang “hantu” bila jumpa durian liar ni. Kalau sedang mendaki bukit menuju ke dusun, memang lalu di sebelah pokok durian liar. Tiada siapa yang pedulikan ia bersepah-sepah di atas jalan. Kalau rasa nak makan saya terus kopek je atas jalan dan cekik kat situ je. Musim durian ibarat pesta dan meriah seperti sambutan hari raya. Semua sanak saudara berduyun-duyun pulang ke kampung. Kadangkala ada yang bergaduh  sesama saudara hanya kerana berebutkan giliran menunggu durian. Itulah penangan durian.

Tapi itu dulu, semasa di alam persekolahan..tetapi kini segalanya hanya tinggal kenangan:(  Semua pokok-pokok durian sudah tidak mahu berbuah seperti dahulu. Memang misteri… itulah kuasa Tuhan. Mungkin faktor cuaca atau…. hanya Tuhan yang mengetahuinya. (www.pakartani.com)

Related Posts with Thumbnails

1 Response to "Kisah Durian Liar"

1 | online

January 5th, 2010 at 5:06 am

Avatar

Terima kasih atas informasi menarik

Comment Form

Buku wajib beli!

Buku mesti beli!

Gaya Terkini!

Visits

Kongsi


  • YUNUS: Salam Semua. Saya mempunyai penawar untuk kanser. 100% Berkesan. Bagi rawatan kanser payudara, usus dan serviks, saya menawarkan rawatan MONEY BACK GU
  • mohd. rodhi puteh: ditempat saya (kedah) buah ini dikenali sebagai buah rekup
  • mohd. rodhi puteh: pak tagal, setinggi-tinggi tahniah. saya pernah tanam pokok epal dimana benihnya dibeli melalui tapak semaian disini. malangnya apabila berbuah, buahn

About

This is an example of a WordPress page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from.

JOM Layan

Daily Gold Chart

Peminat

Pakartani on Facebook

Ladang anggur