Dalam kepesatan teknologi internet hari ini, muncul satu lagi teknologi yang mungkin merupakan satu pukulan ke atas Penyedia Perkhidmatan Internet sediaada. Tetapi di sebaliknya pula, ia telah memberi satu sinar baru kepada pengguna-pengguna internet di Malaysia yang sentiasa mementingkan “kelajuan” pada ketika ini. Penduduk-penduduk luar bandar turut tidak terkecuali akan mendapat manfaat daripada teknologi baru ini.
Teknologi yang dipanggil “broadband over Power Line” (BPL) ini menyediakan internet berkelajuan tinggi menerusi soket elektrik yang biasanya ada di setiap buah rumah. Hebatkan! tidak sabar rasanya untuk menanti kehadiran teknologi ini di Malaysia.
Melalui teknologi BPL ini, apabila anda menghidupkan komputer dengan menghubungkannya ke soket elektrik, anda sebenarnya akan turut mendapat akses ke internet dengan serta merta. Dengan kombinasi prinsip teknologi radio, rangkaian tanpa wayer dan modem, pembangun teknologi telah mencipta kaedah untuk menghantar data melalui kabel elektrik ke rumah dengan kelajuan antara 500kb hingga 3mb sesaat.
Teknolgi BPL ini telah pun diuji di beberapa buah bandar di Amerika Syarikat dan di United Kingdom. Di Malaysia belum dengar pula ceritanya. Cuba bayangkan apa akan jadi jika TNB menjadi pemain utama sebagai Penyedia Perkhidmatan Internet … CELCOM? DIGI? MAXIS?P1 WiMAX?—–Semua kena POTONG—–:)



