“Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati terhadap unsur-unsur penipuan di dalam skim pelaburan projek pertanian yang diperkenalkan oleh syarikat-syarikat swasta atau individu-individu tertentu dan sila dapatkan nasihat daripada pegawai-pegawai Jabatan atau Agensi pertanian berkaitan terlebih dahulu”.
Ingat ye! sebelum melabur, fikirlah 10 kali. Biarlah lambat sikit asalkan duit kita selamat. Penipu ni ada macam-macam taktik nak kelepet duit kita. Ada yang gunakan kambing, lembu, lintah, keli, cacing, serai, ketam dan terbaru roselle. Akan datang akan timbul macam-macam lagi. . Dah ramai yang terkena sekarang.
Pesanan saya : Hati-hatilah agar tidak terjerat


