Buah nadir ini saya panggil buah kerkuk. Bila ingat buah kerkuk terkenang zaman kecik-kecik dahulu. Anda mungkin kenal buah ini tapi mungkin lain namanya. Pokoknya memang jarang dijumpai tetapi biasanya terdapat banyak di dalam hutan.
Masa kecil kami beramai-ramai masuk ke hutan dan bergotong royong mengutip buahnya. Kalau nak makan buah kerkuk ni ada caranya. Tak boleh makan terus tapi kena gentel atas tapak tangan sampai ia jadi lembik. Kalau tak gentel rasanya kelat.
Cari buah yang betul-betul masak iaitu yang bewarna merah gelap. Lepas gentel rasanya memang manis. Tak taulah pulak kenapa jadi macam tu. Tapi sekarang ni jangan kata buah pokoknya pun dah tak nampak. Hai..rindu pulak nak makan buah ni..mana dak dapat ye!



