Siapa yang tidak kenal minyak kelapa dara? Ada seribu 1 khasiat dalam minyak kelapa dara. Salah satunya ialah ia dapat menghentikan darah akibat terluka dengan serta merta. Saya sendiri telah menggunakannya ketika jari saya tergunting oleh gunting pokok. Hampir-hampir hilang daging jari telunjuk saya. Darah menitis laju. Entah macam mana tergerak hati untuk menyapu minyak kelapa dara. Bukan sahaja darah terhenti tetapi tiada kesakitan. Hebatnya anugerah Tuhan ini.
Tags: Minyak kelapa dara



