
Sekarang ni macam-macam cara orang buat untuk menggerakkan kereta. Ada yang guna solar, air, tekanan, elektrik dan sebagainya. Tujuannya adalah sebagai alternatif kepada penggunaan petrol dan diesel. Klik link berikut untuk mendapatkan maklumat bagi menukar kereta anda yang dijana menggunakan petrol/diesel kepada sebuah kereta elektrik sepenuhnya. Click Here!

Buah ini satu keluarga dengan buah nangka dan cempedak. Pokok dan buahnya saling tak tumpah macam buah cempedak. Memang sukar untuk membezakannya. Buah bangkong dipetik ketika buahnya tua. Isinya nipis dan kurang berbau ketika masak. Isi buah Bangkong tidak dimakan. yang dimakan adalah bijinya. Ya! bijinya. Bijinya direbus bersama garam dan dimakan bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Memang lemak rasanya. Kena pulak dengan Teh O panas…Tapi awas! banyak angin

Jika di kampung saya di Kuala Lipis, buah ini kami panggil buah Mencupu. Pantang betul kalau saya jumpa pokoknya. Buah ini memang sedap. Buahnya seakan-akan pisang kaki. Warna buahnya hijau sewaktu muda dan bertukar Oren (tomato) semasa masak ranum. Kulitnya akan mengeluarkan getah berwarna putih. Pokoknya macam pokok manggis. Buahnya pun terletak dihujung dahan macam manggis. Isinya berpangsa macam buah limau dengan tekstur halus, lembut dan kaya dengan cecair manakal isinya berwarna oren bila masak. Rugilah siapa yang tak pernah makan. Percayalah! memang sedap.

Terbitan: Mstar Online pada Selasa April 22, 2008
BA’KELALAN: Ba’Kelalan tempat yang unik dan menarik di timur laut Sarawak kini sinonim dengan buah epal, yang rasanya bukan sahaja manis dan rangup malahan bebas daripada racun makhluk perosak atau Read the rest of this entry »

Bagi sesetengah orang ia memang terlalu asing dengan namanya. Setahu saya Sambal Hitam adalah makanan istimewa orang Kuala Lipis. Sambal Hitam ini memang sedap kalau dimakan bersama gulai ikan sungai atau sawah. Bahan utama untuk membuatnya adalah ikan bilis dan belimbing buluh.
Bahan-bahan:
10 ulas cili api
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
6 keping belimbing rebus (hitam) Read the rest of this entry »

Tahukah anda buah-buhan terbaik untuk membantu membuang toksin dalam badan kita? Cuba ambil buah-buahan berikut;
1. Anggur
2. Epal
3. Limau
4. Mangga
5. Pir
6. Tembikai


Oleh: Ridzaludin Wahid (ridzalmersing.com)
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai Read the rest of this entry »

Wah! ini satu idea yang unik. Yalah semua orang nak meniaga di tempat yang strategik tapi premisnya terhad. Inilah salah satu penyelesaiannya. Di negara maju seperti Jerman dah mula buat. Di Malaysia siapa berani cuba? DBKL boleh lulus ke lesen? Sambil mengeteh boleh menikmati keindahan kota.

29 Mar, 2010
Posted by: admin In: Tips

Jadikan ia satu amalan dan keperluan seharian. Insyaallah lepas ni tak payahlah cari Tongkat Ali.
1. Sentiasa aktif samaada bersukan, bersenam atau aktiviti yang mengeluarkan peluh (berkebun dll)
2. Makanlah makanan berikut:
(a) Ikan haruan sawah (goreng sedap ni..)
(b) Ubi kayu
(c) ulam-ulaman
(d) Petai
(e) Makan yang pedas-pedas
(f) Ikan bilis
(g) Telur
(h) Ayam kampung
(i) Durian


Kanser adalah penyakit yang dikatakan masih tiada ubatnya. Betul atau tidak? Setiap penyakit tentu ada ubatnya kan! atau ia hanya mainan kapitalis yang gelojoh untuk mengaut keuntungan tanpa mempedulikan nyawa manusia. Bayangkan berapa banyak wang yang diperlukan untuk Read the rest of this entry »
